PETALING JAYA, 26 JULAI: Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Apartment Damai PJS8 di sini pada jam 11.59 malam tadi disambut dengan sorakan.
SHAH ALAM, 17 JULAI: Bengkel kenderaan, kedai barangan logam dan dobi termasuk layan diri dibenarkan beroperasi seluruh Selangor bermula hari ini susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di 34 mukim semalam.
SHAH ALAM, 6 JULAI: Pasangan yang telah mendapat kebenaran bernikah dibenar melangsungkan upacara itu mengikut tarikh ditetapkan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) masing-masing.
KUALA LUMPUR, 6 JULAI: Pemain industri sektor logistik dan pengangkutan boleh terus mengguna pakai surat kebenaran beroperasi Sistem Maklumat Industri Logistik (Sistem SMILE) bertarikh dari 1 Jun 2021 dan ke atas bagi pemeriksaan di sekatan jalan raya.
KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara beberapa pejabat dan kaunter perkhidmatan pelanggan bermula esok (5 Julai) sehingga dimaklumkan kelak, susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang diumumkan kerajaan.
KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Barangkali penduduk di Lembah Klang hari ini membayangkan mereka akan 'dikawal' kawat berduri, sebaik kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari hingga 16 Julai, seperti berlaku di sesuatu kawasan sebelum ini.
PUTRAJAYA, 3 JULAI: Aktiviti penanaman padi di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibenarkan bagi mengelak masalah kekurangan bekalan beras dalam negara.
SHAH ALAM, 3 JULAI: Hanya tiga perkhidmatan pejabat kerajaan dibenarkan beroperasi di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang yang dijadual berakhir esok, dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 20 April ini.
KUALA LUMPUR, 26 DIS: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Flat Desa Bistari, Batu Uban di Mukim 13, Daerah Timur Laut Pulau Pinang ditamatkan hari ini, lebih awal daripada yang dijadualkan.
SHAH ALAM, 2 DIS: Situasi Covid-19 di Selangor masih terkawal meskipun jumlah kes harian mencatatkan peningkatan, kata Dato' Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 1 DIS: Top Glove Corp Bhd semalam berkata pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melandaikan lengkungan jangkitan susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke atas asrama syarikat itu di Meru, Klang.
KAJANG, 24 NOV: Enam kanak-kanak adalah antara 141 pendatang tanpa izin yang ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Jabatan Imigresen di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Hentian Kajang, di sini hari ini.
SHAH ALAM, 23 NOV: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Plaza Hentian Kajang dan Medan 88 Bandar Baru Baru Salak Tinggi, Sepang tamat seperti dijadualkan.
SHAH ALAM, 23 NOV: Seramai 53 individu di kawasan Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang disahkan positif Covid-19 setakat semalam.
SHAH ALAM, 20 NOV: Seramai 525 individu di kawasan Medan 88 Bandar Salak Tinggi, Sepang menjalani ujian saringan Covid-19 setakat pagi tadi.
SEPANG, 19 NOV: Seramai 24 pekerja yang tinggal di luar Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenal pasti untuk menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 hari ini.
SHAH ALAM, 19 NOV: Bilangan individu positif Covid-19 di kawasan Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang kini 51 kes.
SEPANG, 18 NOV: Seramai 40 penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, yang tidak pulang ke kediaman masing-masing sejurus mendapat maklumat kawasan itu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), telah tampil menyerah diri.
SHAH ALAM, 18 NOV: Seramai 423 penduduk Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menjalani ujian saringan Covid-19 setakat pagi ini.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.